Penyakit perut usus Senarai_penyakit_anjing

  • Kerongkong besar ialah penyakit kerongkong bercirikan kemotilan dan kedilatan rendah. Kebanyakan kes pada anjing dewasa bersifat idiopati. Ini ialah sebab paling biasa regurgitasi pada anjing. Sebab lain megaesofagus termasuk miastenia gravis, keracunan plumbum, dan penyakit Addison.[146]
  • Kembung*, juga dikenali sebagai kilasan atau volvulus pendilatan perut, ialah keadaan serius yang melibatkan perut menggelembung dengan udara (pendilatan perut), kadang-kadang memulas dengan sendiri (volvulus). Baka berdada dalam berada pada risiko tinggi kembung. Faktor yang mendedahkan anjing terhadap keadaan ini ialah jasad asing, barah usus, pengintususupan, dan penyakit usus lain. Ini mempunyai prognosis lemah.[147]
  • Jasad asing ialah objek yang asing terhadap badan yang tertanam di dalam salur perut usus (atau bahagian lain anjing). Anjing terdedah terhadap sumbatan perut usus kerana kebolehannya untuk menelam objek agka besar melalui kerongkong. Jasad asing paling biasa tertanam di dalam perut kerana ketidakbolehan untuk melalui sfinkter pilorus, dan di dalam jejunum.
  • Fisula dubur*, dikenali sebagai fistula perianal pada anjing, paling biasa pada anjing gembala Jerman. Keadaan ini bercirikan salur penyaliran di dalam kulit di sekitar dubur. Sebabnya tidak diketahui. Rawatan pembedahan adalah biasa, tetapi baru-baru ini penggunaan siklosporina dalam gabungan dengan ketokonazola ditunjukkan berkesan.[148]
  • Kekurangan pankreas ekokrin ialah ketidakbolehan untuk mencerna makanan dengan betul kerana kekurangan enzim pencernaan dibuat oleh pankreas. Penyakit ini kerap dijumpai pada anjing.[6]
  • Radang pankreas*, atau keradangan pankreas, adalah biasa pada anjing. Keradangan ini paling biasa terlihat pada anjing terlebih berat berumur pertengahan dan lebih tua. Schnauzer kecil terdedah. Faktor penyumbang termasuk kencing manis, hiperlipidemia, keobesan, dan ketidakbijaksanaan pemakanan. Tanda termasuk pemuntahan, cirit-birit, kesakitan abdomen, ketidakbermayaan, dan anoreksia.[149]
  • Penyakit usus keradangan (IBD)* ialah sekumpulan penyakit pada anjing yang bersifat idiopati dan bercirikan kehadiran sel keradangan mencerobohi perut dan/atau dinding usus. Ini ialah keadaan biasa. Tanda termasuk pemuntahan, cirit-birit, dan penurunan berat. Rawatan adalah dengan pengubahsuaian pemakanan dan penggunaan ubat seperti kortikosteroid, metronidazola, sulfasalazina, and azatioprina.[150]
  • Sindrom pemuntahan berhempedu ialah pemuntahan sebagai gerak belas terhadap keradangan cetusan hempedu perut. Garam hempedu menggangu sekatan mukus perut, membenarkan asid merengsaan lapik perut dan menyebabkan radang perut.[151]
  • Pengintususupan* bercirikan teleskop satu bahagian salur perut usus ke dalam bahagian lagi satu, membentuk sekatan. Keadaan ini paling biasa pada anjing berumur enam hingga lapan bulan. Pembedahan diperlukan untuk perawatan.[152]
  • Limfangiektasia ialah penyakit usus anjing bercirikan cirit-birit kronik dan kehilangan protein seperti serum albumin dan globulin. Keadaan ini dianggap merupakan bentuk kronik enteropati kehilangan protein. Baka biasa terjejas termasuk terier gandum berbulu lembut, anjing pufin Norway, basenji, dan terier Yorkshire.[6]
  • Radang perut usus berdarah ialah penyakit anjing bercirikan pemuntahan tiba-tiba dan cirit-birit berdarah. Gejalanya biasanya parah dan boleh membawa kematian sekiranya tidak dirawat. Keadaan ini paling biasa pada anjing dewasa muda mana-mana baka, tetapi terutamanya anjing kecil seperti pudel mainan dan schnauzer kecil.[6]

Rujukan

WikiPedia: Senarai_penyakit_anjing http://www.uq.edu.au/ccah/index.html?page=43608&pi... http://ic.upei.ca/cidd/disorder/von-willebrands-di... http://www.upei.ca/cidd/Diseases/musculoskeletal/p... http://www.upei.ca/cidd/Diseases/nervous%20system%... http://www.bd.com/us/diabetes/page.aspx?cat=7001&i... http://www.bd.com/us/diabetes/page.aspx?cat=7001&i... http://www.bordercolliehealth.com/TNSdatabase.html http://www.chronolab.com/point-of-care/index.php?o... http://www.cliniciansbrief.com/cms/portals/_defaul... http://www.dechra-us.com/files/dechra/Downloads/Ph...